BAYI DITEMUI DALAM BEG PLASTIK

SHAH ALAM - Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru saja dilahirkan dijumpai di dalam beg plastik di Desa Latania, Seksyen 37, pagi semalam.

Suara bayi yang menangis itu mengejutkan orang awam yang melalui kawasan tersebut dan menemui bayi malang itu pada jam 10.00 pagi.

Polis bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan orang awam yang memaklumkan penemuan bayi perempuan itu.

Bayi yang ditemui itu masih lagi mempunyai tali pusat. Namun, tiada sebarang nota yang ditinggalkan bersama dengannya.

Bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Klang pada jam 10.45 pagi dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Post a Comment