PESAWAT BAWA 49 PENUMPANG DAN 5 KRU DISAHKAN TERHEMPAS!!

Jakarta, Indonesia - Pesawat Trigana Air Service, TGN267 yang dilaporkan terputus hubungan hari ini dijumpai terhempas di daerah Oktabe, Papua, lapor pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia memetik laporan Rt.com

Pesawat tersebut membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak beserta bayi, dan lima kru.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sentani pada 14:21 dan terputus hubungan pada 14:55 (0600 GMT).

Penduduk tempatan sebelum ini berkata berkata mereka mendengar bunyi sesuatu terhempas, lapor seorang pegawai penerbangan Trigana.

Lokasi pesawat itu berjaya dikesan dengan bantuan maklumat dari warga tempatan 

[Kemaskini]
Oktabe, 280km dari Jayapura adalah satu kawasan terpencil dan bergunung, menyebabkan operasi pencarian menjadi sukar.

Cuaca buruk dipercayai menjadi punca nahas pesawat terbabit.

Sebuah pesawat yang dihantar untuk mencari TGN267 terpaksa berpatah balik kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.sumber

Post a Comment