WANITA INI CERITAKAN PENGALAMAN HIDUP DENGAN IBU MEROYAN SELAMA 10 TAHUN!!


Kesekian kalinya air mata tak mampu ditahan.

Setiap kali bercerita perihal berpantang, akan berlarutan kepada cerita pengalaman saya hidup bersama ibu yang menghidap meroyan dan Endometriosis selama 10 tahun.

33 tahun dahulu, ketika saya dilahirkan secara pembedahan ibu tidak mampu berpantang dengan rapi akibat keadaan sekeliling yang keliru dengan penjagaan ibu yang bersalin selepas pembedahan.( kes c-sect sgt2 asing pada tahun 1982). Dan ibu juga menjalani classical c sect di mana luka pembedahan adalah secara menegak dan sangat2 melecehkan.

Semua aturan berpantang ibu turuti. Akan tetapi arwah nenek was2 samada perlu atau tidak ibu memgamalkan herba2 dan jamu2 di dalam pantang. Disebabkan takut, ibu hanya makan antibiotik dn ubat tahan sakit dari hospital. Tiada ubatan herba diamalkan sepanjang tempoh berpantang. Darah nifasnya berhenti dalam tempoh singkat, lalu darah itu meracun kembali sistem dalaman badannya. Ibu mula mengalami masalah ketumbuhan rahim, jerawat batu kronik, obessiti dan meroyan selama 10 tahun (1982 - 1992).

IBU YANG MEROYAN
Hidup bersama2 ibu yang gila (istilah selain meroyan) sangat2 menakutkan. Ibu penghidap meroyan api. Mood swing ibu sangat2 ketara.

Bila ibu marah, saya dan bapa akan memencilkan diri. Ibu pernah lumur muka saya dengan cili boh ketika usia saya 8 tahun. Bila ibu marah, ibu seakan orang asing. Orang lain. Saya rasa dibenci.

Lama kelamaan, perasaan takut menjadi benci dan dendam pada diri seorang anak. Saya panggil ibu; singa. Seorang ibu yang bila dalam keadaan waras, beliau sangat2 penyayang. Tetapi bila penyakit senggugut kronik (akibat endo) datang menyerang, meroyannya akan muncul dan mematikan segala tawa kami anak beranak.

SUAMI YANG HALIM
Apabila saya bercerita kepada pelanggan2 bagaimana saya, ibu dan bapa SURVIVE dengan penyakit ibu, saya akan menjadi sayu...dan menangis. Saya tahu...ramai yg pernah tgk sy menangis apabila bercerita perihal ibu yang sakit meroyan selama 10 tahun.

Saya sayu kerana.....selama 10 tahun ibu menghidap gila meroyan, selama 10 tahun bapak dimarah2, selama 10 tahun bapak terumbang ambing dalam kegilaan ibu, berkat kesabaran bapak, kami masih utuh bersama sehingga kini.

Setelah saya berkahwin, baru saya sedar betapa pentingnya kesihatan seorang ibu dan isteri kepada keluarga. Bukan sahaja sihat secara fizikal, sihat secara mental tersangatlah penting.

Penyakit endo ibu kadang2 membuatkan ibu didatangi haid secara berpanjangan dan banyak. Bila saya sudah berkahwin, saya pernah termenung memikirkan nasib bapa yang satu ketika dahulu masih muda (lewat 20an) dan isteri mengalami pendarahan yang teruk. Sebagai anak, saya terharu kerana bapak masih memiliki sifat ihsan pada ibu. Meskipun ibu kesakitan yang tidak memungkinkan ibu menzahirkan layanan batin buat bapak seperti isteri2 yg sihat, bapak masih utuh bersama dengan ibu. Dalam sakit dan dalam deritanya ibu.

Bapak tidak betah melatah berkahwin lagi demi mengadakan zuriat selain saya. Akibat endo kronik ibu, ibu tidak mampu melahirkan anak selain saya. Bila saya menjadi seorang ibu, baru saya tahu betapa beratnya perasaan yg ditanggung ibu dan bapa bila tidak mampu meramaikan zuriat.

Bapak sebagai pegawai di PETRONAS sentiasa dikelilingi wanita2 cantik dan anggun. Saya yakin, di pejabat; beliau dihampiri oleh beberapa orang wanita kerana bapa saya merupakan ikon Tall, Fair and Handsome. Sedangkan ketika itu ibu penghidap sakit meroyan, Endometriosis, jerawat batu sepanjang dagu dan leher, obessiti; sungguh tidak serasi dengan bapak pada pandangan mata anak yang naif.

Tetapi alhamdulillah....sehingga bapa berhenti dari PETRONAS, bapa masih bersama ibu. Dan yang lebih penting, kesetiaan bapak hanya buat ibu, dan saya. Semoga Allah membalas setinggi2 Jannah buat bapa, yang kukuh menyayangi ibu saya sehingga kini.

PENTINGNYA UBATAN HERBA DALAM PANTANG
Ternyata, rata2 ubatan moden hanya mampu menghilangkan kesakitan pembedahan dan jahitan, bertindak sebagai antibiotik utk mencegah kuman. Tetapi tiada satupun ubatan moden yang boleh membantu melawaskan pengeluaran darah nifas, mengecut dan merapikan rahim dan mengimbangi hormon ibu selepas bersalin; sedangkan ketiga2 proses penyembuhan ini sangat penting dalam mengembalikan keseimbangan kesihatan mental dan fizikal ibu selepas bersalin.

Tetapi dizaman sekarang sungguh sayang....seribu kali sayang..... Ramai memandang enteng perihal amalan herba yang rata2 menganggapnya kolot dan ketinggalan zaman. Ramai mengatakan mereka moden. Lalu saya bertanya...sejauh manakah modennya kita?

Adakah sperma ayah kita dan ovum ibu kita dibancuh dalam koleh, lalu terbentuknya kita bila dituang di atas meja? Saya pasti fitrah kita masih sama sejak nabi Adam A.S. Kita dilahirkan dari kantung rahim wanita. Dan ubat yang diajar Allah kepada nabi Adam setiap kali Hawa A.S melahirkan anak juga bukanlah vitamin semata2 (meskipun herba memilik vitamin) , tetapi lebih kepada herba2 yang diturunkan oleh Allah ke tanah bumi.
Fitrah kita masih sama.

TANGISAN KESYUKURAN SEORANG ANAK
23 tahun lalu, ibu saya diberi pilihan oleh doktor pakar sama ada utk dibuang rahim atau tidak, dan beliau memilih utk mencari perubatan alternatif sebelum menyerah kepada cadangan terakhir tersebut. Dan alhamdulillah penemuan beliau dengan Datin. Sh. Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy, membuka lembaran baru dalam diari kesihatan ibu saya.

Setelah 6 bulan berubat herba, berpantang makan, dan menjalani hidup lebih sihat, ibu saya sembuh sepenuhnya dari endometrisis dan meroyan selepas memgamalkan herba Nona Roguy. Ketika itu saya berusia 10 tahun, dan saya sudah diberi Nona Roguy oleh ibu sebagai langkah berjaga2.

Setiap kali ada ibu yang tampil dengan simptom ketumbuhan rahim dan meroyan, saya hanya mampu memandang sedih kepada suami mereka dan anak2 kecil yang tidak mengerti apa2. Bersungguh saya mengajar si ibu agar mengamalkan herba Nona Roguy supaya mereka cepat sembuh.

Kerana saya sangat2 terkesan dengan pengalaman kami sekeluarga yang hidup bersama ibu yang sakit. Sehingga setiap kali saya bercerita kepada anda bagaimana pentingnya kesihatan seorang ibu, saya berharap anda tidak akan melalui apa yang ibu saya rasa, dan supaya anak2 anda terpelihara dari apa yang saya rasa.....bahawa betapa terseksanya hidup bersama ibu yang GILA MEROYAN.

Jagalah kesihatan anda.

Jika anda sakit, orang sekeliling akan turut merana.
Love yourself in order to be able to love others.
Sayangi rahim anda.
Berpantang jangan lewa.
Dan jangan pandang enteng amalan herba selepas bersalin.
Dari tanah kita datang. Dari tanah juga sebaik2 ubat.

* Sejak ibu sembuh, ibu sangat berhati2 dalam pemilihan makanan. Pengalaman penghidap penyakit sakit puan selama 10 tahun menjadikan keluarga kami lebih berhati2 dalam memilih makanan harian, menjalani aktiviti luar yang sihat (ibu dan bapak sy masih memanjat Broga Hill di usia 60an), dan mengamalkan herba Nona Roguy sehingga kini (23 tahun). 

Gambar dibawah ialah gambar ibu bapa saya ketika mereka di ambang late 50's. Anak mana yang tidak gembira melihat ibu dan bapa masih utuh bersama sehingga usia emas. Semoga cerita ini memberi semangat dan kesedaran buat ibu2 muda utk tampil lebih sihat demi keluarga tercinta.

Disclaimer: Saya TIDAK IZINKAN mana2 pihak copy paste mana2 status saya atas tujuan pemasaran jualan produk kesihatan anda. Boleh kongsi sebagai perkongsian ilmu berpantang dan kesihatan wanita. Terima kasih.SUMBER

Post a Comment