HARAM HANTAR MAKANAN DILAMAN SOSIAL,MENURUT WAMITA INI

Zaman sekarang ini dah jadi kebiasaan, buat apa, pergi ke mana dan makan apa mesti dikongsi di laman sosial. Tak kisah la di Facebook, Instagram, Twitter atau platform media yang lain.
Siapa dekat sini tak pernah muat naik foto makanan di laman sosial? Rasanya hampir semua pernah buat kan.

Mungkin kerana terlalu rimas dengan lambakan foto makanan yang dimuat naik ke laman sosial oleh rakyat Malaysia, wanita ini tampil berani mengatakan ianya haram. Laa kenapa sampai macam tu?
Wanita ini pada awalnya dikatakan berkongsi pandangannya berhubung isu ini di sebuah group masakan. Post itu bagaimanapun tidak disenangi oleh kebanyakan ahli group yang lain memandangkan mereka sering berkongsi foto dan resepi.

Iyalah cakap je nak masak apa, semua ada di group berkenaan. Ahli group tersebut juga berfikiran terbuka dalam berkongsi resepi dan sebagainya.


Post a Comment