WANITA MENGANDUNG DIBELASAH KERANA MENCURI

CHINA - Seorang wanita mengandung diikat dan dibelasah oleh sekumpulan penduduk di perkampung Zhejiang atas tuduhan mencuri.
Wanita yang berusia 28 tahun itu didakwa mencuri RM600 di sebuah rumah di perkampungan itu pada hujung Ogos lalu.

Lapor media tempatan. suspek telah memulangkan wang yang dicuri dan penduduk kampung itu memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan terhadapnya atas sebab suspek sarat mengandung.

Malangnya, keputusan mereka berubah setelah 10 hari kemudian wanita itu kembali ke kampung dan dibelasah oleh penduduk kampung.

Suspek diikat di sebuah tiang besar sebelum dipukul, ditendang dan ditampar sehingga pengsan.
Video kejadian yang dirakam oleh salah seorang penduduk kampung tersebar di laman sosial akhirnya menarik perhatian pihak polis untuk menyiasat kejadian itu.

Pihak polis telah menahan beberapa individu yang terlibat selama 8 hari dan dikenakan saman sebanyak RM200 setiap seorang. - KREDIT

Post a Comment