JANGAN MAKAN TIRAM DAN KERANG,ADA RACUN!!

TUMPAT - Orang ramai dilarang melakukan sebarang aktiviti memungut, menjual dan makan tiram serta kerang di kawasan Perairan Sungai Geting kerana mengandungi racun Plankton Alexandrium sp yang boleh menyebabkan maut.
Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Mohd Rafi Hasan berkata, racun dan bakteria itu ditemui melalui kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya, awal tahun lalu.

Racun itu boleh menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit dan sakit serta menyebabkan kematian pada pengguna.

"Contoh air di kawasan Sungai Geting sudah diambil dan kajian penyakit akan dibuat di Pusat Pendidikan Perikanan di Batu Maung Pulau Pinang. 

"Hasil kajian dijangka siap pada hujung minggu ini dan sementara itu semua aktiviti memungut, mengutip dan menjual hasil laut itu kini disekat," katanya. - KREDIT

Post a Comment