"KENAPA SEBARKAN GAMBAR SAYA? SAYA BUKAN PENGEMIS,SAYA HANYA MENYARA HIDUP DENGAN MENJUAL PEN"

Baru-baru ini, gambar seorang lelaki Syria mendukung anak perempuannya sedang tidur sambil menjual pen di tepi jalan tersebar di seluruh dunia. Namun tiada siapa yang tahu kisah di sebalik hidupnya itu. 
Abdel Halim Al Attar, 35, pelarian berdarah Palestin-Syria, berasal dari Yarmouk, Syria, berhijrah ke Lebanon sejak tiga tahun yang lalu dengan dua orang anaknya, Reem, 4 tahun dan Aboudi, 9 tahun.

Abdel Halim tinggal di sebuah apartment kecil (dua bilik) di kawasan terjejas teruk di daerah Jnah Beirut dan mula menjual pen di jalanan bagi menampung kos sara hidupnya.

Abdel tinggalkan Aboudi untuk menjaga rumah mereka, sementara itu dia dan anak gadisnya Reem dibawa untuk menemaninya 'berniaga' di jalanan. 

Kebiasaannya Abdel berjaya meraih pendapatan $35 sehari. Namun, pada minggu lalu, kehidupannya mula berubah apabila terdapat individu yang merakam gambarnya yang sedang menjual pen dan mendukung anaknya yang sedang tidur di bahu.

Ekoran itu, orang ramai cuba membuat sebuah kempen 'Buy Pens' bagi mengutip dana untuk Abdel Halim yang kini sudah berjaya mengumpul sebanyak $150,000. 

Susulan itu, pihak Aljazeera mengambil peluang untuk menemubual lelaki berkenaan, Abdel Halim. 

"Perkara pertama yang saya lakukan di Lebanon adalah menjual pen. Saya dah lakukannya selama tiga tahun. Adakalanya saya berjaya menjual 150 batang pen, adakalanya 50 batang sahaja. Ini semua berkat rezeki dari Allah. 

"Ia adalah benda yang paling mudah dan senang untuk dijual kerana semua orang menggunakan pen. Tiada seorang pun yang tidak menggunakan pen. 

"Tiga hari yang lalu, ada seseorang menunjukkan gambar saya dan anak saya yang telah tersebar di seluruh dunia. Saya pun bertanya, 

'Kenapa mereka muat naik gambar saya? Saya bukan pengemis. Saya cuma jual pen untuk menyara anak-anak saya,'

"Keesokan harinya, saya pergi menjual pen seperti biasa dan saya terkejut bilamana ramai orang yang hadir memeluk saya dan mencium saya.

"Saya mahu kempen ini fokus kepada semua rakyat Syria. Saya mahu menggunakan semua wang yang saya dapat untuk membantu rakyat Syria yang lain. Apa yang diberikan untuk saya juga adalah untuk mereka jua. 

"Rakyat Syria telah menderita. Kanak-kanak tidur di tepi jalan. Saya bernasib baik saya masih diberikan peluang untuk hidup. Alhamdulillah. Malangnya, ramai yang tidak dapat meneruskan hidup. Tidak seperti saya yang ada bilik untuk dijadikan tempat tidur berbanding mereka yang kurang bernasib baik tidur di tepi jalan. 

"Ramai yang tidur di tepi jalan. Apa yang kita patut lakukan? Allah akan bantu," katanya mengakhiri temubual itu. - THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment