Saya ingin berkongsi insiden yang telah berlaku tadi di Daiso Sunway Pyramid.
Saya terserempak dengan seorang vaper yang menghembuskan vapornya ke kalangan orang ramai di dalam shopping mall tanpa berasa sensitif terhadap pandangan orang ramai yang berada berhampirannya. Isteri dan dua orang anaknya juga turut bersama vaper tersebut semasa insiden itu berlaku.
Saya dengan cara bersopan menegur abang tersebut supaya tidak menghembuskan vapornya di dalam shopping mall dan agar berasa sensitif terhadap khalayak orang ramai di situ. Tetapi abang tersebut tersinggung malah berbalah balik tanpa berasa bersalah.
Kami sebagai vaper, sedang cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan vaping scene kami tetapi ada vaper yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengendahkan usaha kami semua. Dengan mengatakan bahawa mereka berbelanja dengan duit sendiri dan ia adalah hak mereka untuk vape dimana saja yang mereka mahu.
Mereka juga tidak berminat sama ada kerajaan kami akan mengharamkan vaping atau tidak.
Sebagai seorang vaper, brewer dan pemilik vapeshop, saya berasa sedih dengan reaksi abang tersebut. Saya berharap kita semua dapat bekerjasama untuk menyelamatkan vape scene kita. Vape dengan rasa tanggungjawab dan amalkan vaping etiquette yang betul. - Keith Looi...KREDIT
Post a Comment