SAYU PILU:NENEK MERAYU AGAR ORANG RAMAI BELI POPIANYA UNTUK TANGGUNG UBAT CUCUNYA...

Seorang nenek semalam telah memuatnaik statusnya di laman Facebook Gabungan Anak Terengganu merayu orang ramai agar membeli popia yang dijualnya untuk menanggung kos pembelian ubat cucunya yang agak mahal.

Kerana status berkenaan rata-rata netizens melahirkan rasa simpati dan kebanyakan mereka cuba membantunya dengan membeli popia yang dijual beliau.

Berikut adalah status yang dimuatnaik beliau dalam group berkenaan memetik Siakap Keli.
Assalamualaikum..sahabat-sahabat, cuba bagitahu dimana lagi saya boleh minta bantuan untuk cucu saya? Hari Khamis ini nak pergi jumpa dengan cucu saya pulak. ubat sampingan dah habis, bukan murah(mahal) dalam RM500 sebotol.. saya ada jual popia kecil-kecilan dan memang tidak cukup.. yang saya hendak cerita tadi saya telefon JKM Kuala berang tanya pasal surat pelepasan untuk bil PPUM.

Jawapan yang saya terima amat mengecewakan, katanya mereka tidak boleh keluarkan surat kerana cucu saya tidak lulus JKM lagi.. bukannya semalam saya minta bantuan JKM tetapi sebelum raya lagi.. Ya Allah..sedihnya saya.. ada tak sahabat-sahabat boleh tolong beli popia saya buat ini sorang sikit untuk saya buat beli ubat dan duit minyak hari khamis ini (ke PPUM). Terima Kasih.
Kami cuba menghubungi beliau atas usaha seorang pengguna facebook, beliau menceritakan bahawa cucunya, Nur Qaseh Alisha Binti Abdullah kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya di mana ibu Qaseh(anak beliau) hanya seorang pengawal keselamatan yang kini sedang bercuti tanpa gaji untuk menjaga Qaseh.

“Kami pernah meminjam wang dari syarikat pinjaman tanpa lesen untuk membeli ubat Qaseh dan sehingga kini masih belum habis membayar hutang berkenaan.”

“Saya berharap sangat ada insan yang sudi tampil membantu meringankan beban kami untuk memabli ubat Qaseh, tetapi jika tidak boleh bagi bantuan cukuplah membeli popia dan kayu buruk yang saya jual,” katanya.

Ditanya mengenai kos rawatan Qaseh di hospital berkenaan beliau berkata, kos rawatan di PPUM belum dapat dipastikan kerana rawatan masih belum selesai dan yang pastinya rawatan sehari tidak termasuk ubat adalah RM80.
“Jika ubat yang dibekalkan oleh Hospital Tuanku Nur Zahirah Kuala Terengganu habis, kami terpaksa beli di PPUM sekitar RM200,”katanya.

Bagi mereka yang mahu membantu dengan membeli popia atau kayu buruknya boleh hubungi Che Wan Mazura di talian 019-745 0398 atau Facebooknya Pucuk Anggerik.
Dan bagi sesiapa yang ingin membantu memberikan wang bolehlah berbuat demikian ke:

113024051306 Maybank
(Che Wan Mazura Bte Che Wan Semeran)

Jadi marilah sama-sama kita membantu adik Qasehm jika tidak mahu memberikan wang anda boleh membeli popia dan kayu buruk berkenaan sambil menderma.KREDIT

Post a Comment