'KAMI BUKAN TAKUT DIMARAHI CIKGU, TETAPI TAK JUMPA LALUAN PULANG' - MISSUDIAR

KOTA BHARU - "Kami bukan lari dan takut dimarahi oleh cikgu, tetapi tak jumpa jalan pulang," demikian kata Missudiar Aluj, 11, salah seorang dari dua pelajar Orang Asli Pos Tohoi yang selamat selepas dilaporkan hilang selama 48 hari.

Menurut bapa saudaranya, Suren Seman, 29, berkata, anak saudaranya itu bukan takut dimarahi gurunya kerana mandi sungai tanpa kebenaran, sebaliknya mereka yang seramai 7 orang itu gagal menemui laluan untuk kembali ke jalan besar untuk pulang ke asrama. 

"Missudiar ada kata dia tidak takut kena marah sebab mandi di sungai tetapi tidak jumpa laluan untuk kembali ke jalan besar untuk pulang ke asrama. Malah dia turut mendengar bunyi helikopter ketika operasi SAR dijalankan.

"Mereka juga tidak berganjak ke mana-mana, sebaliknya hanya duduk di bawah akar pokok di tepi Sungai Perias. Memang agak pelik juga sebab ia merupakan kawasan utama pencarian. Kami juga tidak mendengar suara mereka," katanya yang ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II, semalam.

Missudiar juga mendakwa pernah menjerit kepada anggota pasukan SAR di kawasan berhampiran mereka. Peliknya, jeritan mereka itu tidak didengari oleh pasukan penyelamat.

Menurut seorang lagi bapa saudara Missudiar, Akek Bahir, 46, yang menyertai pencarian itu berkata, anak saudaranya itu menceritakan yang mereka menyedari kehadiran pasukan penyelamat itu. Tetapi jeritan mereka gagal didengari oleh pasukan penyelamat. Akek juga berpendapat 7 kanak-kanak yang hilang itu berkemungkinan dijaga oleh orang bunia, Tenrog.

"Saya sendiri ada melakukan pencarian di kawasan mereka ditemui ini selepas empat hari mereka hilang. Malah, ada malam yang saya bermalam di dalam hutan tetapi tiada sebarang jejak ditemui atau kelihatan. Kejadian ini memang membingungkan,” katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

2 comments

Cikgu mana yg x sygkn muridnya.

Reply

Cikgu mana yg x sygkn muridnya.

Reply

Post a Comment