Sebentar tadi kami ada menyiarkan satu artikel dari pihak Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan bahawa terdapat hanya 815 aduan mengenai GST semalam.
Nampaknya jumlah tersebut amat jauh berbeza dengan jumlah yang dikeluarkan oleh kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang merekodkan sebanyak 23,000 laporan mengenai GST pada hari pertama perlaksanaannya.
Menurut menteri kementerian tersebut, Datuk Hasan Malek berkata lebih 23,000 aduan mengenai GST telah difailkan melalui aplikasi MyKira GST semalam.
Memetik laporan Malaysiakini, Daripada 23,871 aduan yang telah dibuat melalui MyKira GST semalam, 8,618 aduan adalah mengenai harga di luar margin (keuntungan yang boleh diterima), kata Hasan kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Kementerian sebelum ini telah membangunkan aplikasi MyKira GST bagi membolehkan pengguna menyemak harga lebih 10,000 barangan. - Siakapkeli.com.my
Post a Comment