LUAHAN AYAH GADIS "DIPUKUL" PEMANDU TEKSI LUAH PERASAAN

KUALA LUMPUR - “Saya harap masyarakat di luar faham dengan situasi yang berlaku.

“Tak dapat nak digambarkan bagaimana perasaan saya sebagai seorang ayah apabila anak saya dipukul hingga cedera selain muka bercalar,” kata Syed Fareid Yahya, bapa kepada empat gadis berusia 20-an yang terbabit dalam pergaduhan dengan pemandu teksi dan menjadi ‘viral’ sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, dia menyerahkan perkara yang berlaku itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut kerana yakin polis dapat menjalankan siasatan dengan adil dan saksama berdasarkan bukti dan keterangan daripada saksi di tempat kejadian.

“Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak sama ada anak saya berada di pihak yang benar atau sebaliknya. Biar polis siasat terlebih dulu.

“Biarlah kalau pemandu teksi itu mahu menuduh tapi tak semestinya saya mahu menuding jari kepadanya. Perkara yang berlaku juga membabitkan kes jenayah dan setakat ini saya sekeluarga masih belum membuat perancangan untuk menarik balik kes mahu pun berdamai,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Hartamas, semalam.

Turut hadir peguam yang mewakili sekumpulan remaja berusia 20 -an terbabit, Sarah Mohd Ali.

Menurut Syed Fareid lagi, dia turut menerima maki hamun dan ugutan orang ramai menerusi laman sosial termasuk bersikap kurang ajar dan bertindak tidak rasional.

“Ada antara mereka yang memuat naik status di laman sosial untuk tindakan memalukan saya dan keluarga. Apa pun saya redha dan menyerahkan segalanya kepada polis kemudian kita tahu kebenarannya.

“Semua mangsa kini trauma dan anak keduanya yang juga lemah semangat kerap menangis akibat insiden berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, abang kandungnya, Syed Farieh Yahya berkata dia juga tidak dapat menerima hakikat apabila anak saudaranya itu ditampar dan cedera terutama di muka.

“Kudrat perempuan ni tak kuat kalau nak dibandingkan lelaki. Kalau kena tampar selalunya dia hanya mampu menjerit untuk meminta pertolongan.

“Saya juga terkejut dengan insiden yang menimpa anak saudara saya dan saya harap polis dapat menjalankan siasatan berdasarkan keterangan saksi dan bukti yang kukuh,” katanya.sumber

Post a Comment