INFO:KAD TOPUP DIKEKALKAN 6%GST

KUALA LUMPUR - Setelah mendapat desakan rakyat, kerajaan hari ini memutuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas kad tambah nilai pra-bayar dikekalkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,pengguna tidak akan dikenakan caj GST 6% semasa membeli kad tambah nilai, sebaliknya akan dikenakan caj 6% itu apabila nilai dalam kad tambah nilai itu dimasukkan ke nombor telefon masing-masing.

Menurut Shabery, kerajaan sedang berusaha mencontohi negara-negara lain yang turut mengenakan cukai ke atas penggunanya. Pengguna tidak akan dibebankan dengan GST ketika membeli kat tambah nilai, sebaliknya hanya dikenakan GST ketika membuat panggilan telefon, SMS dan sebagainya.

"Ia sama seperti penggunaan kad 'Touch n Go' dan bayaran tempat parkir kereta yang dikenakan cukai ini. Mereka hanya dicukaikan semasa penggunaan khidmat-khidmat ini," katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat, hari ini.kredit

Post a Comment