KEJAM:PUKUL ANAK SEHINGGA MATI SELEPAS MENANG HAK JAGAAN

BRITAIN – Seorang lelaki yang tamak dan pentingkan wang semata-mata, bertindak kejam dengan memukul anak perempuannya sehingga meninggal dunia, selepas dia memenangi hak jagaan terhadap anaknya itu.
Carl Wheatley, 31, sebelum ini dengan bangga memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia akan mendapat faedah sebanyak RM9,700 sebulan dan rumah dua bilik jika berjaya mendapatkan hak penjagaan ke atas Alexa-Marie Quinn.

Namun selepas diberikan hak berkenaan, dia telah memukul budak itu yang baru berusia empat tahun selama 10 hari hinggakan Alexa meninggal dunia.

Lebih keji, Carl juga dikesan telah membuat carian di Google untuk mengetahui sama ada gam boleh melekatkan semula gigi yang tanggal dan bagaimana untuk mengurangkan bengkak.

“Kamu berada dalam keadaan sedar ketika memukul kanak-kanak itu. Kamu juga tidak membenarkan dia keluar rumah selain memukulnya berulang kali.

“Perbuatan ini amat kejam,” kata hakim ketika menjatuhkan hukuman penjara minimum selama 21 tahun ke atas Carl.

Sementara itu, pemeriksaan forensik mengesan 65 kesan lebam pada badan Alexa manakala pukulan ke-66 dipercayai telah menyebabkan kematiannya.MYNEWSHUB.CC

Post a Comment