JOHOR BAHRU - Hasil siasatan awal, polis percaya tindakan suspek yang memotong badan bayi kepada 15 bahagian yang ditemui di dalam tangki septik bangunan flat Kempas Permai itu adalah kerana terdesak.
Polis tidak menolak kemungkinan itu. Polis juga percaya perbuatan kejam itu dilakukan oleh satu pasangan yang masih muda dalam lingkungan umur belasan tahun.
Sehingga kini, jantina bayi malang itu belum dapat dipastikan. Namun, bayi itu disahkan telah mati dalam tempoh 48 jam sebelum ditemui.
Menurut sumber, suspek mungkin melakukan perbuatan kejam itu dalam keadaan yang terdesak berikutan 15 bahagian badan bayi itu ditemui di perangkap sampah tangki septik.
Suspek dipercayai memotong badan bayi itu kepada bahagian-bahagian kecil untuk memudahkan mereka membuang bahagian-bahagian itu dalam lubang tandas dan dipam ke saluran kumbahan.
Tindakan suspek itu juga menyebabkan kepala bayi tidak ditemui bersama dengan bahagian-bahagian badan yang lain kerana saiz kepala bayi tidak muat untuk dipam dalam lubang tandas.
Berdasarkan potongan itu, polis berkata, suspek mungkin menggunakan pisau pemotong daging biasa.
Polis masih menjalankan siasatan dan mencari petunjuk di klinik kesihatan berdekatan kawasan Kempas Permai.Polis percaya suspek tinggal di kawasan flat yang sama.Sumber
Post a Comment