UPDATE 3 MAUT 6 KERETA MYVI:PESANAN ARWAH SEBELUM MENINGGAL DUNIA

ADIK bongsu mangsa kemalangan maut di Kilometer 6.2 Lebuhraya DUKE, Muhammad Faizznur Asyraf Husain mendedahkan Allahyarham abangnya, Fairuz Nizam Husain, 35, pernah berpesan kepadanya supaya menjaga isteri, anak-anak serta syarikat miliknya setelah dia meninggal dunia.

Menurut Faizznur, 25, abangnya menitipkan pesanan tersebut kira-kira dua minggu sebelum kejadian menyayat hati itu berlaku.
Faizznur bersama dua anak saudaranya yang kehilangan kedua ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam kemalangan maut di Lebuhraya DUKE, awal pagi Sabtu.

Fairuz Nizam terkorban bersama isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, serta anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, tujuh bulan.

Ketika kejadian, keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Sentul Timur.

Kejadian berlaku selepas arwah menghantar kedua anak perempuannya, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, di rumah nenek mereka di Putrajaya.

Laporan awal Bernama menyebut saksi kejadian memberitahu, kereta Pajero yang dipandu Fairuz Nizam yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi, lalu terbabas ke sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

Akibatnya, kereta Pajero itu berpusing beberapa kali dan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment