ISU SIJIL HALAL PEMBEKAL AYAM PCK DITARIK,GIANT NAFI TERIMA BEKALAN DARI PCK

KUALA LUMPUR: Pasaraya besar Giant yang dimiliki Syarikat GCH Retail Sdn Bhd menafikan bahawa mereka mengambil bekalan ayam daripada pusat penyembelihan ayam, PCK Processing and Marketing Enteprise.

Sebelum ini syarikat pembekal ayam PCK itu telah ditarik balik sijil halalnya oleh Jabatan Agama Islam Perak ( JAIP) ,pada 1` Jun 2015 kerana didapati terlalu kotor.

Penarikan balik sijil halal oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) disahkan oleh mereka selepas mengeluarkan kenyataan mengenai penarikan balik sijil halal ke atas sebuah pusat penyembelihan ayam yang beroperasi di Seri Manjung Perak
.
Menurut Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata sijil itu ditarik balik pembekal terbabit ayam terbabait iaitu PCK Processing & Marketing telah beroperasi di Seri Manjung, Perak melanggar Prosedur Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) walaupun sudah beberapakali menerima notis daripada pihak JAIP.

Keputusan penarikan sijil halal tersebut telah dibuat semasa Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Negeri Perak yang bersidang pada 29 Mei lalu dan surat rasmi penarikan dikeluarkan pada 1 Jun.

Pengarah Perhubungan Koperat GCH Retail Sdn Bhd, Roslinada Idrus berkata, rangkaian pasaraya itu dan pembekalnya dari seluruh negara tiada kaitan dengan syarikat pembekal ayam tersebut.
Pihak JAKIM juga telah tampil mengesahkan semua ayam yang dijual di Pasaraya Giant adalah halal.

Berikut adalah senarai pembekal ayam kepada Pasaraya Giant telah diiktiraf halal jakim malaysia bagi seluruh pasaraya besar giant malaysia

Lay Hong Food Corporation Sdn Bhd (633683-X)

PK Argo Industrial Products (M) Sdn Bhd (559453-H)

HLRB Processing Sdn Bhd (722036-H)

New balok poultry industries sdn bhd (1089948-p)

Dindings poultry processing sdn bhd (144808-p)

Hy-fresh industries sdn bhd (734885-w)

Worldsign industries sdn bhd (799780-m)

Kerabat processing house (pedas) sdn bhd. (868541-k)

Untuk membuktikan pembekal ayam yang membekal ayam segar kepada Giant betul-betul segar, mereka menyertakan kesemua sijil halal syarikat pembekal yang dikeluarkan oleh pihak berkaitan. - Siakapkeli.my



















Post a Comment