"LEBUHRAYA UTARA SELATAN, MENARA BERKEMBAR, KLIA,SAYA RASA KITA PATUT LETUPKAN"-TUN MAHATHIR

KUALA LUMPUR - Berikutan dakwaan ada cubaan dari pihak tertentu cuba menjatuhkan Proton, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad hari ini menjawab isu tersebut dengan nada yang sinis apabila ditanya wartawan.

"(Cubaan jatuhkan Proton) sesetengah orang anggap ia cubaan jatuhkan. Ada banyak benda buruk yang saya buat.

"Contohnya, Lebuhraya Utara Selatan. Mungkin kita patut letupkannya. Malah Menara Berkembar, KLIA semua benda ini adalah perkara buruk yang saya buat," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini mendedahkan beliau mendapat maklumat bahawa TV3 cuba memburuk-burukkan Proton.

Sebelum ini, sebuah stesen TV swasta mengeluarkan satu laporan tentang keluhan pemandu-pemandu teksi terhadap kereta Proton. Namun stesen TV tersebut menafikan laporan itu dipengaruhi oleh suasana politik dalam negara ketika ini. - Siakapkeli.my

Post a Comment