DAPAT IPHONE 6S JIKA DERMA SPERMA

SHANGHAI - CHINA. Sebuah bank sperma di China menawarkan hadiah wang tunai sebanyak 6,000 yuan kepada penderma untuk mereka membeli keluaran iPhone terbaru, iaitu iPhone 6s.

Hospital Renji di Shanghai antara hospital yang menawarkan ganjaran itu dalam kempen bagi menggalakkan orang ramai menderma sperma.

"Tidak perlu jual buah pinggang anda, dengan mudah anda akan mendapat iPhone 6s," itu motto yang digunakan oleh hospital terbabit di dalam iklan online mereka merujuk kepada tindakan sesetengah individu yang sanggup menjual organ mereka untuk mendapat gadjet tersebut.

Jurucakap hospital tersebut berkata, lelaki yang berjaya melepasi pemeriksaan kesihatan dan kemudian kerapa datang menderma organ akan mendapat ganjaran tersebut, jumlah yang cukup untuk membeli iPhone 6s.

Sebelum ini, seorang lelaki di Yangzhou yang berhasrat menjual buah pinggangnya bagi mendapatkan iPhone 6s mengubah keputusannya apabila menerima tawaran menual sperma di sebuah hospital.

Lelaki terbabit telah mengiklankan untuk menjual buah pinggangnya di sebuah laman web penjualan organ haram..KREDIT

Post a Comment