CERITA SEBENAR GAMBAR KONON JACKIE CHAN PELUK ISLAM YANG DIKONGSI 17000 KALI DI LAMAN SOSIAL

Sejak semalam menjadi viral dilaman sosial sekeping gambar menunjukkan pelakon terkenal China, Jackie Chan dikatakan konon telah memeluk Islam.

Gambar berkenaan telah dimuatnaik oleh seorang gadis di laman Facebooknya dengan kapsyen berbunyi,"Alhamdulillah/// jackie chan kini sdh mnjadi muslim dan bertukar nama kpd Abdullah chan. Allahuakbar///
Gambar: ketika pulang mengerjakan haji. 

Sumber: BBCWorld
Gambar berkenaan telah mendapat perhatian ramai pengguna facebook di mana sehingga kini jumlah perkongsiannya mencecah 17.5 ribu kali, 134 ribu sukaan dan 13 ribu komen.

Tahukah anda bahawa kapsyen berkenaan adalah palsu dan gambar yang dimuat naik berkenaan adalah gambar terbaru Jackie Chan yang sedang berada di Dubai untuk menjayakan filem terbarunya berjatuk "Kung Fu Yoga" dan bukannya gambar beliau baru balik menunaikan haji seperti didakwa gadis berkenaan.

Apa yang menarik perhatian, gadis berkenaan siap meletakkan rujukan BBC World dan berdasarkan carian kami tidak menjumpai berita mengenai apa yang disebarkannya itu di dalam web berita antarabangsa berkenaan.

Memetik laporan Gulfnews, gambar yang menunjukkan Jackie memakai pakaian tradisional UAE, kandura itu telah menjadi viral di sana kerana keterujaan rakayat UAE melihat penampilan pelakon terkenal antarabangsa itu memakai pakaian tradisional mereka. -Siakapkeli.my

Berikut adalah video Jackie Chan semasa berada ni Dubai.

Post a Comment