GENG TEKSI "MENGAMUK" SERANG KERETA UBER/GRAB CAR

KUALA LUMPUR - Video sekumpulan pemandu teksi mengambil tindakan sendiri membanteras Grab Car atau Uber yang didakwa menjejaskan pendapatan mereka, tersebar di laman sosial.
Dua video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Elton itu mengundang kritikan netizen terhadap sekumpulan pemandu teksi yang dianggap tidak bertamadun dan takut dengan persaingan.

"Ini lebih teruk dari golongan babarian malah lebih teruk dari anjing. Inikah industri perkhidmatan teksi yang kita mahu selamatkan? Saya lebih rela memilih Uber daripada golongan tidak bertamadun berlagak seperti gengster ini. 

"SPAD, PDRM, belum cukup jelas lagi kah yang tindakan mereka ini tidak mengikut undang-undang? Inikah golongan pemandu teksi yang mahu dijadikan sebagai duta kecil mempromosi negara kita pada pelancong asing?

"Cukup cukuplah. Saya percaya setiap orang yang menonton video ini pasti tidak dapat menerima tindakan sekumpulan pemandu teksi yang kurang ajar ini," katanya yang juga meminta orang ramai menyebarkan video tersebut. 

Tindakan sekumpulan pemandu teksi merosakkan kenderaan pemandu kereta Uber/Grab Car ini tidak wajar bagi netizen. 

"Yang bawa teksi, kalau rasa buat Uber boleh cari makan, just buat Uber sajalah. Desakan hidup memang selalu mengajar kita mencari duit lebih," kata Dollah.

"Takut pada persaingan, nak duit lebih kenalah usaha lebih. Bukannya tipu penumpang dan tak nak ikut meter," kata Nurul Hayati. - THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment