PEROMPAK LETUPKAN MESIN ATM DI MELAKA

MELAKA: Sebuah mesin pengeluaran automatik (ATM) hancur selepas diletupkan oleh perompak menggunakan bom buatan sendiri sebelum melarikan sejumlah wang, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.05 pagi di Ayer Keroh Height itu menyebabkan wang berterabur di atas lantai.

Difahamkan, penjenayah memakai topeng muka dan menaiki kereta Mercedes Benz putih.

Bagaimanapun, perompak dilaporkan telah meninggalkan sebutir bom paip yang belum diletupkan di dalam premis terletaknya ATM berkenaan.

Unit pemusnah bom (UPB) dari Bukit Aman berjaya meletupkan bom berkenaan sekitar 10.25 pagi menggunakan robot.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah memaklumkan kejadian dipercayai didalangi oleh sekumpulan tiga perompak.
Jumlah kerugian masih disiasat. - Siakapkeli.my

Post a Comment