TIGA MAUT DIHEMPAP PAPAN TANDA AKIBAT TUMBANG DIREMPUH TRELER

Kemalangan mengorbankan tiga orang pagi tadi. FOTO ihsan bomba

Tanjung Malim – Tiga terbunuh selepas kereta dinaiki dihempap papan tanda tumbang akibat dilanggar treler yang terbabas di Kilometer (KM)399.6 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Tanjung Malim kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Jurucakap Bomba Negeri berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati kejadian membabitkan treler dan kereta.

“Tiga pemandu serta penumpang kereta tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Mangsa yang maut seorang lelaki dan dua wanita dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, operasi tamat pada 7.26 pagi.

Berikutan kejadian, semua lorong menuju utara dan selatan terhalang mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Berdasarkan Twitter PLUS pada 10.44 pagi, lorong tengah dan kiri arah utara sudah dibuka.

Terdahulu, berdasarkan Twitter PLUS pada 9.55 pagi, semua lorong arah selatan sudah dibuka. – myMetro Online

Post a Comment