BAYI HAMPIR MAUT DIHURUNG SEMUT SELEPAS DITINGGALKAN DALAM HUTAN

Chelyabinsk, Rusia: Seorang bayi perempuan telah ditinggalkan di dalam hutan di pedalaman negara tersebut selama tiga hari dan ditemui selamat dengan dihurungi semut.

Bayi baru lahir masih bertali pusat tersebut telah ditemui menangis dengan gigitan semut telah ditemui olej seorang pekerja yang kebetulan melalui kawasan tersebut sebagai jalan pintas untuk ke tempat kerja.

Polis sedang menyiasat siapa ibu bayi tersebut. Menurut doktor bayi tersebut mungkin mati jika tidak ditemu oleh lelaki berkenaan.
Jurucakap polis berkata: "Lelaki yang menjumpai kanak-kanak berkenaan mendengar dia menangis dan mencari suara tersebut. Dia mendapati kanak-kanak itu terbaring di atas timbunan daun dengan dihurungi semut."

"Dia telah mendapatkan bayi tersebut dan terus menghubungi pihak ambulans."

Bayi tersebut sedang dirawat di hospital dan dilaporkan stabil. Ia sedang berada dalam proses pemulihan dan dijaga rapi. - Siakapkeli.my

Post a Comment