LELAKI MATI KELAR TANGAN,KERANA TIADA DUIT UNTUK BERTUNANG

INDONESIA - Gara-gara tiada wang untuk melangsungkan pertunangan dengan kekasih hati, seorang lelaki muda mengambil keputusan singkat dengan menamatkan riwayatnya sendiri kerana terlalu kecewa dengan masalah yang dihadapi.

Sawaludin Siregar, 26, ditemui mati pada pagi semalam di dalam bilik air di rumahnya di Kecamatan Siantar Martoba.

Lelaki itu ditemui dalam keadaan mati terduduk dengan pergelangan tangan kirinya dikelar dengan senjata tajam di dalam bilik air.

Menurut si ibu yang menemui mayat anaknya itu berkata, dia berasa hairan selepas mendapati ada darah yang mengalir di bawah pintu bilik air yang berkunci dari dalam ketika mahu mengambil wuduk.

Bimbang serta risau dengan keadaan anaknya itu, wanita berkenaan memecahkan pintu bilik air dan terkejut mendapati anak lelakinya itu sudah tidak bernyawa.

Polis mengeluaran laporan yang mengatakan mangsa mati akibat kehilangan darah yang banyak selepas mengelar pergelangan tangannya dengan pisau lipat.Sumber

Post a Comment