BERITA POLIS LETAK 100g SERBUK PUTIH DI "BONET" BELAKANG KERETA ADALAH PALSU!!!

(Berikut adalah penafian oleh polis Selangor berhubung dakwaan berkenaan)

Susulan penyebaran mesej dari Pegawai Kanan Polis Selangor – Malaysia yang menjadi viral di laman sosial Facebook dan applikasi Whatapps sejak semalam, sehingga kini pihak Polis Selangor tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian tersebut oleh mana-mana pihak yang terlibat.

Sehubungan itu, pihak polis ingin memberi amaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini agar berhenti menyebarkan sebarang berita sebegini serta merta.

Namun, jika kejadian tersebut benar-benar berlaku, pihak polis mewar-warkan kepada mana-mana pihak yang terlibat untuk tampil ke hadapan membuat laporan polis untuk tujuan siasatan.KREDIT

KETUA POLIS SELANGOR

Post a Comment