TENTERA INDONESIA JUARA DUNIA LAGI "POWER" DARI TENTERA AS?!

MELBOURNE — Ketika rakyat Indonesia memperingati ulang tahun ke-107 Hari Kebangkitan Nasional 2015, pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) hampir pasti meraih kemenangan mutlak di Australia minggu ini.

Dianggap sebagai pasukan miskin, kumpulan penembak TNI mencipta sejarah apabila berjaya mengumpulkan 28 pingat emas, walhal tentera kuasa besar dunia, Amerika Syarikat (AS) langsung gagal meraih apa-apa pingat pun.

Kejuaraan Menembak Tahunan dianjurkan Australian Army Skill at Arms Meeting (AASAM) ini berlangsung dari 20 hingga 23 Mei di Puckapunyal, Victoria dekat sini disertai 17 pasukan dari 14 buah negara seluruh dunia.
Selain 28 pingat emas, TNI juga memperoleh 16 pingat perak dan 10 pingat gangsa, jauh mengalahkan tuan rumah Australia di tempat kedua dengan setakat ini hanya berjaya 4 pingat emas, 7 pingat perak dan 5 pingat gangsa.

Kehebatan peserta penembak TNI juga gagal disaingi oleh pasukan tentera England yang berpuas hati sekadar berada di kedudukan ketiga dengan cuma meraih 3 pingat emas, 5 pingat perak dan 3 pingat gangsa.

Dijangkakan perolehan pingat oleh TNI mungkin terus bertambah hingga hari pertandingan berakhir pada Sabtu ini, menurut Duta Besar Indonesia ke Australia, Nadjib Riphat Kesoema dalam kenyataan media pada Khamis.
“Prestasi yang membanggakan ini menunjukkan betapa unggulnya anggota TNI dan persenjataan buatan Indonesia di medan laga,” ujar Nadjib sambil memuji prestasi luar biasa yang diraih regu penembak Indonesia.

Atase tentera Kedutaan Besar Republik Indonesia di Canberra, Taufan Gestoro, yang mengiringi pasukan TNI sepanjang kejohanan itu menambah: “Kita bermain di bawah tekanan dan saingan internasional yang ketat.

“Saya mendapati para peserta dari TNI sanggup bertanding dengan semangat luar biasa dan menyelesaikan tiap acara dengan tahap profesionalisme dan kemahiran yang cukup tinggi setanding peserta dari Barat.”
Sejumlah 21 orang penembak dari Indonesia terdiri daripada pegawai dan penembak profesional dari sektor TNI Angkatan Darat serta juruteknik dari PT Pindad, firma milik pemerintah Indonesia dalam bidang persenjataan.

Sepanjang kejohanan, pasukan Indonesia menggunakan empat jenis senjata, iaitu senapang buatan dalam negeri model SS-2 V-4 Heavy Barrel dan pistol G-2 (Elite & Combat) yanh dihasilkan sendiri oleh PT Pindad.

Mereka turut menggunakan senapang model SO-Minimi buatan Belgium, senapang GPMG (General Purpose Machine Gun) buatan Belgium dan senjata sniper AW buatan England. –Agensi/H.A.AMREE

Post a Comment