BILIK SERVER RTM TERBAKAR(GAMBAR)

KUALA LUMPUR – Sebuah bilik yang digunakan oleh RTM untuk menyimpan data komputer terbakar hari ini.

Namun, tiada sebarang cederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Che Shaari Abdullah, bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada 8.27 pagi dan 27 anggota bersama dua jentera digegaskan ke tempat kejadian.

“Bomba menerima panggilan daripada seorang polis bantuan RTM yang berada di tingkat bawah lobi selepas dia (pengawal keselamatan) mendengar penggera kecemasan dibunyikan dari tingkat yang terbakar.

“Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati bilik server terbakar dan asap tebal menyelubungi bilik berkenaan manakala bilik lain di tingkat itu tidak terjejas. Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran 10 minit kemudian,” katanya memetik laporan Bernama.

Punca kejadian masih lagi disiasat.

Seorang saksi, Muhammad Hafiz Dzulkafli berkata beliau mendengar bunyi penggera kecemasan pada 8.25 pagi dan terhidu bau asap.

“Sebaik mendengar bunyi penggera, saya terus pergi ke bilik kawalan pendingin hawa untuk menutup suis utama pendingin hawa tetapi bau asap menjadi semakin kuat,” katanya.

Hafiz kemudian melaporkan kebakaran pada pihak bomba pada jam 8.27 pagi selepas melihat kepulan asap tebal keluar melalu tingkat 5. - Siakapkeli.my

Post a Comment