HADIAH SULTAN IBRAHIM KEPADA ANAKNYA YANG WOWWW!!

KUALA LUMPUR: Puteri Sultan Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah semalam menzahirkan perasaan teruja baginda apabila menerima sebuah kereta mewah, Rolls Royce berwarna merah jambu pemberian ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 
Baginda menerusi laman sosial Instagramnya, tunku_tun_aminah dilihat begitu gembira, selain menyatakan ucapan terima kasih kepada Sultan Ibrahim yang mesra dengan panggilan Babah.
“Satu yang tidak dijangka (dapat) kejutan hadiah. Terima kasih BABAH,” tulis baginda sebagai kapsyen kepada foto tersebut.

Rata-rata pengikut di akaun laman sosialnya itu menyifatkan baginda sebagai insan bertuah kerana menerima hadiah itu.
Sehingga kini, gambar yang dimuat naik Tunku Aminah disukai lebih 11, 000 pengikut.
Tunku Aminah sebelum ini sering kali berkongsi foto-foto eksklusifnya termasuklah koleksi kasut yang dimilikinya.

Difahamkan, warna kegemaran Tunku Aminah adalah merah jambu dan kereta pertama yang dimiliki baginda adalah Perodua Kancil yang juga berwarna merah jambu.SUMBER

Post a Comment