JPJ NAFI ADA BUAT LELONGAN MURAH DI WHATSAPP

KUALA LUMPUR - Berikutan satu mesej jualan kereta lelong 'luar biasa' yang menjadi viral di aplikasi Whatsapp baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan tampil menafikan perkara tersebut.

Sejak semalam, mesej Whatsapp yang menulis tentang lelongan yang melibatkan 51 kenderaan berjenama itu menjadi viral.

Menurut jurucakap JPJ, JPJ Perak hanya membuat lelongan terhadap 26 motosikal dan 11 kereta seperti yang tersiar dalam akhbar tempatan sebelum ini.

"JPJ menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan sebarang maklumat berkaitan jabatan ini yang diperolehi menerusi media sosial dan aplikasi Whatsapp," katanya memetik laporan dari Bernama - Siakapkeli.my

Post a Comment