MAT DESPATCH ANTARA YANG DI REMAN DALAM KES 1MDB

PUTRAJAYA, 26 Julai - Seorang "Mat Despatch" atau penghantar surat telah direman untuk membantu siasatan berhubung akaun 1MDB menjadikannya individu kelima yang telah ditahan berikutan kes terbabit.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim telah mengeluarkan perintah reman empat hari bermula hari ini kepada lelaki terbabit yang berumur 27 tahun.

Seorang pegawai SPRM ketika ditemui di mahkamah berkata perintah reman itu bertujuan untuk membantu siasatan mengikut Sesksyen 16(a), Akta SPRM 2009 iaitu menerima rasuah.

Sebelum ini perintah reman telah dikeluarkan kepada empat individu bagi membantu siasatan dalam kes yang sama. Bagaimanapun, dua darinya telah dibebaskan dengan jaminan dari SPRM.

Mat Despatch tersebut ditahan dirumahnya di Bentong, Pahang pada jam 6.30 petang semalam.

Mat Despatch tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan salah seorang yang direman sebelum ini. - Siakapkeli.my

Post a Comment