PADAH CUBA GANGGU WANITA MALAYSIA,NEGRO MAUT DIBELASAH

Seorang lelaki warganegara Nigeria maut dibelasah orang awam selepas didakwa cuba menca--bul seorang wanita tempatan di dalam lif Pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam, Rabu itu, mangsa menaiki lif yang sama dengan suspek bernama Ikechukwu yang berusia 28 tahun memetik The Hype Media.
Menurut mangsa, suspek cuba menganggunya sebelum bertindak agresif dan cuba menca--bul.

Ekoran itu, suspek ditahan oleh orang awam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pangsapuri ketika sedang keluar dari lif selain dari memukul suspek bertubi-tubi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis pada jam 8.10 malam.

Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati, 30 orang awam sedang mengelilingi suspek.

Pada jam 8.45 malam, suspek yang duduk kemudiannya berbaring sementara menunggu proses pengecaman dilakukan kira-kira 10 minit selepas itu dan polis terpaksa memanggil pasukan perubatan untuk merawatnya.

Bagaimanapun, suspek disahkan meninggal dunia pada jam 10 malam kerana cedera teruk di bahagian kepala sebelah kanan, lutut dan benjolan di bahagian buku lima tangan sebelah kanan yang disyaki patah.KREDIT

Post a Comment