KISAH MENGAPA LELAKI INI TOLAK PAMPASAN 1 JUTA RIYAL DARI RAJA SAUDI

Nabighah el-Jili Abshar, warga Sudan adalah satu-satunya (setakat ini) yang menolak pemberian ganti rugi oleh kerajaan Saudi sebanyak setengah juta riyal kepada mereka yang cedera akibat kren yang jatuh di Mekah.
Malah beliau menolak untuk dimasukkan namanya ke dalam senarai mereka yang cedera. Beliau berharap kesan cedera di dahi beliau akan menjadi tanda rasa redha dan itulah yang akan di bawa mengadap Allah pada hari Mahsyar nanti.

Beliau cedera di dahi akibat serpihan yang jatuh ke atas dahi beliau hingga ianya terkoyak. Selepas 2 hari mendapat rawatan beliau kini di benarkan untuk keluar.

Selain enggan menerima setengah juta riyal, beliau juga enggan di temuramah oleh mana-mana stesen televisyen.

Post a Comment